Bila Belukang Menulis
Assalamualaikum.. Dan Salam Hormat Semua,Belukang ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan dan juga kepada pengungjung setia blog Belukang selama ini. Semoga dengan kedatangan bulan yang mulia ini kita akan mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah (s.w.t) hendaknya. Bersempena dengan bulan yang mulia ini Belukang juga ingin memohon maaf seandainya ada tutur kata atau apa jua artikel / gambar / video atau senda gurau di dalam blog ini yang menyinggung anda semua baik secara sedar ataupun tidak.
Tentu anda ternanti-nanti akan kemunculan lagu-lagu raya di dalam laman blog Belukang ini. Di bawah ini terdapat beberapa buah lagu puasa dahulu dan Insyallah jika panjang umur dan diberikan kesejahteraan oleh-Nya maka Belukang akan memasukkan lagu-lagu raya bermula dengan lagu raya yang dinyanyikan oleh artis baru dan sehinggalah kepada lagu-lagu raya yang penuh nostalgia sedikit masa lagi. Nantikan kemunculan seleksi lagu raya ini.
Bersempena dengan bulan ramadhan yang mulia ini Belukang.Blogspot akan cuba memperbanyakkan lagu-lagu nasyid dan lagu-lagu yang berunsurkan ketuhanan dan kemanusian. Namun begitu lagu-lagu pop, rock, lagu 70'an-80'an dan genre muzik yang lain akan tetap dimasukkan juga tetapi akan dikurangkan sedikit jumlahnya berbanding dari yang sebelumnya.
Semoga dengan kedatangan ramadhan yang mulia kali ini dapatlah kita menghayati nasib-nasib saudara Islam kita di negara lain yang penuh dengan cabaran dan pergolakkan. Dan yang terbaru ialah rampasan kuasa di Thailand sudah tentulah nasib saudara Islam kita di sana penuh cabaran dan dugaan. Bersama-samalah kita berdoa agar mereka selamat dari sebarang malapetaka, di samping kita terus berdoa agar negara kita Malaysia ini terus aman sejahtera dan bebas dari segala malapetaka, bencana alam dan sebagainya.
Akhir kata selamat meneruskan ibadah puasa, semoga di bulan ini kita dapat memperbaikki kelemahan diri kita selama ini serta puasa dan amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah (s.w.t). Selamat berpuasa dan jaga diri anda serta hiasi peribadi anda.
-Belukang.


